Anda di sini

Perenang Australia Titmus cipta rekod Olimpik 200m gaya bebas

Advertisement
Gambar The Guardian

TOKY0: Ariarne Titmus (gambar) dari Australia meneruskan aksi cemerlangnya di kolam renang dengan mencipta rekod Olimpik baharu menerusi acara 200 meter gaya bebas wanita di Sukan Olimpik Tokyo pada Rabu, lapor Xinhua.

Perenang berusia 21 tahun itu menewaskan juara Olimpik dan pemegang rekod dunia, Kathleen Ledecky, dengan catatan masa satu minit 53.50 saat.

Pada Isnin Titmus turut berjaya merangkul emas dalam acara 400m gaya bebas.

Pingat perak dimenangi Bernadette Haughey dari Hong Kong, China dengan masa yang diambil 1:53.92 saat (rekod Asia) manakala perenang Kanada Penny Oleksiak membawa pulang gangsa dengan catatan masa 1:54.70 saat. - BERNAMA

Advertisement