Anda di sini

Anggota RELA direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh

Advertisement
Suspek tiba di pekarangan mahkamah.- Gambar Bernama
Suspek tiba di pekarangan mahkamah.- Gambar Bernama

MARANG: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) direman selama tujuh hari, bagi membantu siasatan kes bunuh Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Taman Raya, Wakaf Tapai, semalam.

Perintah reman yang bermula hari ini dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda dan suspek akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek berusia 57 tahun itu, tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10.35 pagi dengan memakai baju lokap berwarna oren.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang semalam, mangsa Fong Swee Fuan, 65, maut di tempat kejadian, manakala anak saudaranya Teo Hock Beng, 45, cedera parah di bahagian dada selepas ditembak menggunakan senapang patah, di sebuah pondok KRT di Taman Raya, Wakaf Tapai.- BERNAMA
 

Advertisement