Anda di sini

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia kekal pada US$111.1 bilion pada 15 Julai

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$111.1 bilion pada 15 Julai, 2021, kekal tidak berubah seperti pada 30 Jun.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai lapan bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing (US$102.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$2.2 bilion) dan aset rizab lain ((US$4.1 bilion).

Aset-aset itu terdiri daripada emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM461.82 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia RM11.22 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.36 bilion), pinjaman dan pendahuluan RM20.47 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM16.29 bilion).

Menurut BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM183.26 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.79 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM144.37 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM12.79 bilion), lain-lain deposit (RM9.78 bilion), kertas Bank Negara (RM9.14 bilion), peruntukan SDR ((RM7.98 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.14 bilion). - BERNAMA

Advertisement