Anda di sini

Balai Polis Satok ditutup sementara ekoran penularan COVID-19

Advertisement
 

KUCHING: Balai Polis Satok di sini kini ditutup sementara berikutan penularan COVID-19 dan mencetuskan Kluster Pagar Satok.

Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar) yang berkata balai berkenaan ditutup sementara berkuatkuasa mulai 22 Julai sehingga 4 Ogos 2021.

"Setakat ini seramai 22 orang kena tahan (OKT) dan lapan anggota Balai Polis Satok terlibat telah dikuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya menerusi WhatsApp kepada Utusan Borneo hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas mesej yang tular di aplikasi WhatsApp hari ini berhubung penutupan sementara Balai Polis Satok dari tempoh 22 Julai hingga 4 Ogos 2021.

Berkaitan Varian Delta melibatkan kes Kluster Pagar Satok itu, jelas beliau, KKM telah mengesahkan ia melibatkan seorang OKT kes indeks.

"Tentang Varian Delta, KKM yang sahkan (melibatkan) seorang OKT kes indeks," dedahnya. 

Pada Rabu, Pengarah Institut Perubatan dan Kesihatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak Profesor Dr David Perera berkata, 76 lagi kes baharu varian Delta (B.1.167.2) dikesan di Sarawak.

Menurutnya, 76 kes baharu itu dikesan dalam pengesanan dan pengawasan berterusan Varian SAR-COC-2 yang menular di negeri ini yang mana sampel daripada kes-kes positif telah diuji antara 7 Jun hingga 13 Julai, baru-baru ini.

  • oleh
  • Advertisement