Anda di sini

Rumah musnah, motosikal terjejas kebakaran

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman di lokasi kejadian.
PADAM: Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman di lokasi kejadian.

BEAUFORT: Dua beradik berdepan detik cemas selepas kediaman mereka terbakar di Kampung Kiambor Kuala Penyu di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 12.49 tengah hari.

“Bertindak dengan panggilan 11 pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi sejauh lima kilometer dari jarak balai.

“Semasa ketibaan anggota bomba, rumah seluas 30X40 kaki persegi terbakar sebanyak 90 peratus dan pasukan bomba melakukan pemadaman menggunakan sumber air dari jentera,” katanya.

Tambahnya kejadian dapat dikawal jam 2.10 petang dan sebuah motosikal turut terbakar sebanyak 80 peratus dalam kejadian ini.

“Dua beradik yang berada di dalam rumah sempat menyelamatkan diri semasa kejadian dan tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dalam kejadian ini.

“Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 2.29 petang,” katanya.

Advertisement