Anda di sini

PPV HQE2 terima sumbangan makanan LDP

Advertisement
 Ketua Pergerakan Wanita Pusat LDP Glenna Wong (kanan), Ketua Pergerakan Pemuda Pusat Sim Fui (kiri) dan Ketua Pergerakan Generasi Baru Eric Lau (dua kiri) merakamkan gambar kenangan
PRIHATIN: Ketua Pergerakan Wanita Pusat LDP Glenna Wong (kanan), Ketua Pergerakan Pemuda Pusat Sim Fui (kiri) dan Ketua Pergerakan Generasi Baru Eric Lau (dua kiri) merakamkan gambar kenangan

KOTA KINABALU: Sejak dua bulan lalu Parti Liberal Demokratik (LDP) telah menaja makanan tengah hari kepada petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2).

Setiausaha Agung LDP Datuk Yong Wui Chung berkata, program berkenaan akan diteruskan dan ianya dimulakan oleh Pergerakan Wanita Pusat, Pergerakan Pemuda Pusat dan Pergerakan Generasi Baru Pusat LDP.

"Kami telah menghantar makanan kepada petugas berkenaan sebanyak tiga kali seminggu dalam tempoh dua bulan lalu.

"Ia sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras dalam melaksanakan proses vaksinasi kepada rakyat Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, makanan berkenaan disumbangkan oleh Presiden LDP Datuk Chin Su Phin, Majlis Tertinggi, Wanita, Pemuda, Pergerakan Generasi baru LDP, dirinya sendiri, ahli parti serta orang awam.

Yong berharap program berkenaan akan diteruskan dan ahli parti juga digalakkan untuk menyokong usaha itu.
 

  • oleh
  • Advertisement