Anda di sini

PPV Dewan Suarah Matu dilanjutkan operasi hingga minggu pertama Ogos

Advertisement
Juanda (kanan) ketika menegur sapa penerima vaksin yang sedang menunggu giliran di PPV Dewan Suarah Matu.
Juanda (kanan) ketika menegur sapa penerima vaksin yang sedang menunggu giliran di PPV Dewan Suarah Matu.

MUKAH: Program Imunisasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Suarah Matu dilanjutkan sehingga minggu pertama Ogos nanti.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya, tempoh program vaksinasi di PPV itu telah dilanjutkan selama dua minggu daripada jadual asal sebelumnya.

"Tarikh dilanjutkan selama dua minggu lagi daripada tarikh asal ia beroperasi," katanya ketika lawatannya ke PPV berkenaan pada Rabu.

Jelasnya, ia bagi memastikan semua penduduk yang layak akan mendapat vaksin sepatutnya.

Justeru, Juanda berkata perkara itu akan memastikan negeri dan rakyat dapat membentuk imuniti kelompok.

"Seperti diketahui, negeri ini telah mensasarkan imuniti kelompok dapat dicapai menjelang Ogos.

"Malah, Sarawak adalah mungkin negeri pertama yang bakal dapat mencapai imuniti kelompok dalam Malaysia," ujarnya.

Pada masa sama, Juanda turut mengatakan sejak beroperasi kali pertama pada 4 Jun lalu, PPV Dewan Suarah Matu telah memberikan hampir 19,000 dos vaksin kepada penduduk.

Semua program vaksinasi, katanya berjalan lancar di kawasan DUN Jemoreng termasuk di Klinik Kesihatan Igan.

"Mana-mana penduduk yang belum mendapatkan vaksin atau belum melengkapkan dos vaksin boleh berjumpa dengan ketua masyarakat atau terus mendaftar ke klinik kesihatan terdekat," tambahnya.

Sementara itu, Penyelaras PPV Dewan Suarah Matu Dr Fatimah Azzahra Mohd Zukki mengatakan sehingga 20 Julai, seramai 11,185 penduduk telah menerima suntikan dos pertama manaka seramai 7,604 telah mendapatkan suntikan dos kedua.

Program 'Mopping' juga telah dilaksanakan sejak minggu lepas yang mana ia dilakukan di kawasan jauh daripada PPV melibatkan penerima terlantar.

Penerima vaksin bagi yang terlantar adalah untuk warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesakit yang uzur.

  • oleh
  • Advertisement