Anda di sini

Pemborong ikan tidak sedarkan diri, disahkan meninggal dunia

Advertisement
Seorang lelaki yang juga pemborong ikan dijumpai mati di dalam kenderaannya di Ferry Batang Sungai Paloh, Meradong, Sarawak disini petang Rabu.
Seorang lelaki yang juga pemborong ikan dijumpai mati di dalam kenderaannya di Ferry Batang Sungai Paloh, Meradong, Sarawak disini petang Rabu.

BINTANGOR: Seorang pemborong ikan yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia dalam kereta pacuan empat roda yang dipandunya, di Feri Batang Sungai Paloh, Meradong, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi berkata, mangsa dijumpai oleh orang awam pada jam 4.20 petang, di tempat duduk pemandu.

Katanya, mangsa kemudiannya yang disahkan meninggal dunia itu dikenali sebagai Kueh Kqi Ming, berusia 47 tahun.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak perubatan, mendapati mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian. 

"Berikutan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk pemeriksaan selanjutnya," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada isteri mangsa, kata Sekam, lelaki tersebut mempunyai penyakit darah tinggi tetapi tidak memakan ubat.

Jelasnya, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian oleh pihak polis juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan.

"Dalam masa sama juga, keluarga mangsa tidak mahu melalui proses bedah siasat dilakukan ke atas mangsa dan proses Akuan Bersumpah dari pihak mahkamah dipohon oleh waris lelaki tersebut.

"Hingga kini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya lagi.

Advertisement