Anda di sini

MPKS, pasar raya bantu komuniti terjejas akibat COVID-19  

Advertisement
Minos (tengah) menutup Program Kongsi Rezeki-Pantri Komuniti MPKS di medan seleras Makansari di Kota Samarahan.
Minos (tengah) menutup Program Kongsi Rezeki-Pantri Komuniti MPKS di medan seleras Makansari di Kota Samarahan.

KUCHING: Lebih 3,000 bakul makanan dan minuman disumbangkan kepada masyarakat memerlukan di bawah Program Kongsi Rezeki- Pantri Komuniti Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) bermula 4 Julai lepas sehingga hari ini. 

Pengerusi MPKS Dato Peter Minos berkata kejayaan program ini adalah hasil kerjasama penuh 15 buah pasar raya, pasar raya besar dan pasar mini di Kota Samarahan. 

“Membantu mereka yang memerlukan ketika waktu sukar pandemik COVID-19 ini memberikan kita kepuasan dan kegembiraan. 

“Ini adalah sumbangan kecil kita dalam membantu mereka yang susah sebagai tambahan kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada penutupan Program Kongsi Rezeki-Pantri Komuniti MPKS di sebuah medan selera Makansari di Kota Samarahan hari ini yang juga bersempena Hari Sarawak.    

Tambah Minos, pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai rakyat kehilangan pekerjaan dan pendapatan. 

Malah ada dalam kalangan penerima bantuan makanan ini menyuarakan kesempitan hidup untuk menyara keluarga sehingga ada yang terpaksa menggadai harta benda. 

Situasi ini katanya sangat menyedihkan dan kita berdoa serta berharap menjelang Ogos, 80 peratus populasi Sarawak akan lengkap divaksin. 

Hanya dengan vaksinasi ekonomi dapat dirancakkan semula dan kehidupan masyarakat kembali normal. 

Sehingga kita berjaya mencapai sasaran vaksinasi, semua rakyat perlu membantu kerajaan dalam apa juga cara untuk melawan COVID-19, kata Minos. 
 

  • oleh
  • Advertisement