Anda di sini

Lelaki dicekup jual loteri haram

Advertisement
Telefon bimbit dan pencetak mini yang dirampas daripada suspek.
Telefon bimbit dan pencetak mini yang dirampas daripada suspek.

KAPIT: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti menjual judi nombor ekor haram di sebuah kedai makan di Taman Airport, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Freddy Bian berkata, suspek berusia 35 tahun terbabit ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Jenayah IPD Kapit yang diketuai
Inspektor Sivaneswaran pada jam 4.40 petang itu.

"Polis turut merampas seunit telefon bimbit, pencetak mini serta wang tunai dipercayai hasil penjualan nombor ekor tanpa lesen," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, tangkapan itu dibuat di bawah Seksyen 4A (a)  Akta Rumah Judi Terbuka 1953. 

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak kurang RM 20,000 dan tidak lebih RM 200,000 atau dikenakan penjara tidak lebih 5 tahun.
 

  • oleh
  • Advertisement