Anda di sini

KKM nafi beri kebenaran rentas negeri bagi individu lengkap dos vaksin

Advertisement
Gambar hiasan Bernama
Gambar hiasan Bernama

KUALA LUMPUR: Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab, melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada 12.30 tengah hari ini. 

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kenyataan petikan video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri dan daerah bagi mereka yang telah lengkap menerima dos vaksin, seperti yang sedang tular di media sosial.

KKM menjelaskan petikan video tular yang dimaksudkan merupakan video siaran berita arus perdana bertarikh 1 April lepas yang berdurasi selama satu minit serta telah disunting dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp untuk mengelirukan orang ramai.

Kementerian  itu menasihati masyarakat untuk sentiasa membuat semakan di media sosial rasminya untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih.- BERNAMA
 

Advertisement