Anda di sini

Kanak-kanak hilang ditemui lemas di sungai

Advertisement
 Mayat kanak-kanak tersebut dibawa ke rumah keluarganya untuk proses pengecaman.
MANGSA: Mayat kanak-kanak tersebut dibawa ke rumah keluarganya untuk proses pengecaman.

TAWAU: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang semasa keluar bersama ibunya di kampung Kuala Apas, di sini ditemui lemas di dalam sungai tengah hari tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan kanak-kanak itu pada jam 9.11 malam, kelmarin.

“Sebaik menerima panggilan itu, seramai enam anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Operasi menyelamat turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam.

Bagaimanapun, operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 11.36 malam dan disambung hari ini (Khamis),” katanya.

Menurutnya, hari kedua operasi dimulakan pada jam 9.17 pagi tadi dengan keluasan radius pencarian sekitar 1 kilometer dari kawasan mangsa dipercayai hilang.

Katanya, mayat mangsa ditemui terapung oleh anggota bomba sekitar jam 12.25 tengah hari di kawasan sungai berhampiran kampung tersebut.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke rumah keluarganya untuk pengesahan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 12.54 tengah hari,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement