Anda di sini

94 lokaliti PKPD seluruh Sabah

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan keseluruhan 94 lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata ibu negeri mencatatkan lokaliti paling tinggi sebanyak 27 kawasan manakala Sipitang serta Tawau kedua tertinggi iaitu sembilan lokaliti bagi setiap daerah.

“Beaufort ketiga tertinggi iaitu lapan lokaliti dan Keningau, Penampang serta Sandakan enam lokaliti diikuti Kota Belud lima lokaliti manakala kesemua daerah tidak disebutkan hanya mencatatkan empat sehingga satu lokaliti sahaja,” katanya.

Menurutnya lokaliti Taman Merpati Sandakan antara kawasan baharu dikenakan PKPD bermula esok sehingga 5 Ogos manakala dua lokaliti masing-masing Kampung Istimewa, Batu Sapi Sandakan dan Kondominium One Borneo di sini dilanjutkan mengikut tempoh sama.

“Selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di empat lokaliti termasuk Kampung Sungai Imam Tawau, Kampung Lembising dan Kampung Dumpil Keramat Putatan, Kampung Balibata Beaufort, serta Kampung Pintasan, Kota Belud,” katanya.

Advertisement