Anda di sini

Vaksin secara ‘Walk-in’ dibenarkan di semua PPV Sarawak

Advertisement
Gambar fail
Gambar fail

KUCHING: Semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sarawak dibenarkan untuk melaksanakan pemberian vaksin secara ‘walk-in’. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata kebenaran ini diberikan oleh Jawatankuasa Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) Sarawak. 

“Bagi mereka yang belum menerima temu janji vaksinasi dos pertama, diminta menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) masing-masing bermula 23 Julai hingga 5 Ogos,” katanya. 

Semua penerima vaksin juga disarankan untuk mendapatkan tarikh temu janji ‘walk-in’ vaksinasi terlebih dahulu melalui nombor telefon Bilik Gerakan JPBB masing-masing. 

Temu janji vaksinasi boleh dibuat dengan menghubungi Bilik Gerakan JPBB Kuching (082-507700/082-507022), Samarahan (082-673833), Serian (082-872472), Sri Aman (083-320084), Betong (083-472866)dan Sarikei (084-654396). 

Bilik Gerakan JPBB Sibu boleh dihubungi menerusi talian 084-317934/084-315653/084-322581, Kapit (013-6689968), Mukah (084-872088), Bintulu (086-331742), Miri (085-322737) dan Limbang (085-211744). 

Pihak CITF Sarawak juga ingin menekankan kepentingan untuk mendapatkan dos vaksinasi yang lengkap mengikut jenis dan jarak masa yang telah ditetapkan. 

  • oleh
  • Advertisement