Anda di sini

Reman suspek kes bunuh Bill Kayong dilanjut

Advertisement
 

MIRI: Mahkamah Majistret membenarkan reman lanjut selama tujuh hari ke atas suspek kelima dalam kes pembunuhan bekas Setiausaha PKR Cawangan Miri, Bill Kayong, enam tahun lalu.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah mendengar permohonan reman lanjut yang dikemukakan pegawai penyiasat kanan ASP Lee Chee Keat dari Balai Polis Pusat Miri.

Terdahulu dalam permohonannya, Lee berkata bahawa suspek, 40, dari Siang-Siang Garden, Luak Bay di sini telah diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Sepang supaya direman tujuh hari bermula 14 Julai lalu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan tempoh reman tamat hari ini.

Memandangkan siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut katanya, justeru memohon reman lanjut selama tujuh hari lagi ke atas suspek untuk membolehkan polis mengesan barang kes yang dilupuskan suspek semasa melakukan jenayah.

Selain itu, sekiranya dibebaskan awal, dikhuatiri suspek akan menghilangkan diri lagi selain mengganggu dan mempengaruhi saksi-saksi lain serta memusnahkan barang kes.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan suspek direman sehingga 26 Julai ini.

Berita berkaitan

Selepas lima tahun pembunuhan Bill Kayong, Kong akhirnya diberkas

  • oleh
  • Advertisement