Anda di sini

Barisan dipotong, pemandu mengamuk rempuh tiga kenderaan

Advertisement
 Pemandu terbabit berbaring di lantai selepas mengamuk dengan merempuh tiga kenderaan di lokasi kejadian.
AMUK: Pemandu terbabit berbaring di lantai selepas mengamuk dengan merempuh tiga kenderaan di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Seorang pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini bertindak 'berani mati' selepas merempuh tiga kenderaan dalam kejadian kira-kira jam 1 petang tadi.

Tindakan lelaki terbabit yang mengamuk hingga merempuh tiga kenderaan mengejutkan orang awam yang berada di kawasan berkenaan.

Warga emas yang berumur awal 60-an itu dipercayai berang selepas barisan menunggu penumpang dipotong rakan pemandu lain.

Biarpun kejadian mencemaskan itu mengakibatkan kerosakan teruk pada kenderaan pemandu terbabit serta kenderaan lain, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Video kejadian amuk pemandu terbabit turut menjadi tular di laman sosial terutama Facebook hingga menimbulkan pelbagai tanggapan dalam kalangan netizen.

Ada yang cuba mengaitkan tindakan lelaki berkenaan berpunca dari kesan penularan pandemik COVID-19 hingga menyebabkan seseorang hilang pertimbangan diri akibat kesempitan hidup.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian untuk tindakan selanjutnya.
 

  • oleh
  • Advertisement