Anda di sini

Gempa bumi sederhana melanda Mindanao, Filipina

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 8.09 pagi tadi. 

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gegaran itu berlaku pada kedudukan 85 kilometer (km) tenggara dari Davao, Filipina dengan kedalaman 79km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama 

Advertisement