Anda di sini

Selepas lima tahun pembunuhan Bill Kayong, Kong akhirnya diberkas. 

Advertisement
Koong dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
Koong dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

MIRI: Seorang suspek yang dikehendaki terbabit dalam kes pembunuhan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bill Kayong, lima tahun lepas berjaya ditangkap polis dan dibawa pulang ke Miri, hari ini.

Kong Sien Ming dibawa pulang daripada Kuala Lumpur menggunakan pesawat unit udara Polis Diraja Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Miri kira-kira jam 2 petang. 

Suspek itu kemudiannya dieskot dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sejurus tiba di Lapangan Terbang Miri. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan suspek terbabit. 

"Ini merupakan tangkapan terbaru kes bunuh Bill Kayong yang berlaku pada tahun 2016. 

"Pada Selasa lalu, jam lebih kurang 2.30 petang, suspek telah ditangkap dengan bantuan pihak JSJ IPD KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur). 

"Majistret Sepang telah lulus reman selama tujuh hari sehingga 19 Julai," katanya kepada Utusan Borneo.

Aidi berkata suspek akan disoal siasat lanjut terhadap penglibatannya dalam kes ini dan kes akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (PPN) Sarawak untuk arahan selanjutnya.

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Menurut sumber, suspek dipercayai bersembunyi di China selama ini sebelum pihak berkuasa disana menahannya dan dihantar pulang ke Malaysia kerana pasportnya tamat tempoh. 

  • oleh
  • Advertisement