Anda di sini

Vaksinasi gelandangan bermula 28 Julai

Advertisement
 

SIBU: Program vaksinasi untuk golongan gelandangan dijadual bermula pada 28 Julai ini di Desa Bina Diri, Kuching sebelum beralih ke bahagian lain di negeri ini, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Dato Sri Fatimah Abdullah (gambar).

Katanya, golongan gelandangan yang mendapat perlindungan di Desa Bina Diri juga sudah didedahkan dengan pelbagai latihan kemahiran sebagai persediaan meneruskan kehidupan yang lebih baik serta mampu berdikari selepas kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) berakhir.

Fatimah juga memberitahu beberapa gelandangan adalah terdiri daripada mereka yang kehilangan tempat tinggal baru-baru ini, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ada seorang di Miri yang saya temui, dia berasal dari Dalat. Namun, dia tidak mahu kembali ke Dalat kerana ingin terus bekerja di bandar selepas keadaannya bertambah baik," katanya ketika berkunjung ke Sibu pada Khamis.

Menurut Fatimah, kerajaan juga menimbang menggunakan vaksin satu dos dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk golongan gelandangan.

Katanya, program vaksinasi kepada para gelandangan di negeri ini sangat mencabar terutama terutama mereka yang sering berpindah tempat.

"Kami telah berbincang dengan pengarah kesihatan negeri dan vaksin satu dos sesuai kepada mereka yang tiada tempat tinggal. Semasa mereka berada di kem, vaksinasi lebih mudah dilakukan kerana mereka sentiasa ada berada di situ," ujarnya.

  • oleh
  • Advertisement