Anda di sini

Wanita loloskan diri dari PKPD Bandaran Berjaya dicari

Advertisement
 Rakaman menunjukkan wanita itu meyelinap keluar melalui kawat besi di PKPD Bandaran Berjaya.
LARI: Rakaman menunjukkan wanita itu meyelinap keluar melalui kawat besi di PKPD Bandaran Berjaya.

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang nekad meloloskan diri melalui kawat besi di kawasan Bandaran Berjaya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sedang dicari polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu selepas rakaman berkenaan tular di media sosial.

“Pihak polis sedang mengesan wanita terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

"Kita nasihatkan kepada orang ramai yang berada di kawasan PKPD supaya terus mematuhi undang-undang ditetapkan.

"Ia bukan saja membahayakan diri masing-masing tetapi juga boleh dikenakan tindakan tegas kerana melakukan kesalahan melanggar perintah PKPD," katanya.

Video berdurasi 0.31 saat yang dirakam jam 8.30 malam menerusi aplikasi TikTok itu memaparkan aksi seorang wanita menyelinap keluar dari kawasan itu sebelum melarikan diri ke bangunan berhampiran.

Selain itu, individu yang merakam aksi wanita itu mengatakan perbuatan itu bahaya selama berberapa kali dan mendakwa bantuan ada diagihkan di kawasan berkenaan.

Difahamkan, sebelum rakaman dibuat, lelaki terbabit turut menjerit kepada wanita itu supaya tidak keluar daripada pagar besi berkenaan bagaimanapun tidak diendahkan.

  • oleh
  • Advertisement