Anda di sini

Hujan lebat di Sabah esok hingga Khamis - MetMalaysia

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat, dijangka berterusan di beberapa kawasan di Sabah bermula esok hingga Khamis.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini melaporkan kawasan yang dijangka terlibat ialah kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu).

Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku turut dikeluarkan untuk Labuan bermula Rabu hingga Khamis ini. - Bernama 

Advertisement