Anda di sini

16 kes varian Delta dikesan di Kuching setakat 4 Julai

Advertisement
 

KUCHING: 16 lagi kes varian Delta (B.1 617.2) dikesan di Kuching setakat 4 Julai.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof. Dr. David Perera mendedahkan jumlah tersebut hari ini dalam laporan terbarunya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

IHCM katanya, telah mengesan varian SARS-COV-2 di negeri ini.

"Sebagai sebahagian dari pengawasan berterusan, saya ingin melaporkan yang setakat 4 Julai, terdapat tambahan 16 kes varian Delta telah dikesan di Kuching," katanya menerusi satu kenyataan. 

Tambah beliau, selain Varian Delta, satu lagi kes baru dari varian Beta (B.1.351) juga dikesan di Kuching bagi tempoh yang sama.

Dengan penambahan terbaru ini, Sarawak kini mempunyai 17 kes varian Delta dan semuanya dikesan di Kuching, katanya.

Mengulas lanjut, Dr. David berkata kes pertama varian Delta dilaporkan pada 8 Julai lalu, melibatkan seorang lelaki berusia 56 tahun.

Bagi varian Beta, Dr David memaklumkan Sarawak kini mempunyai 35 kes yang dilaporkan di Kuching, tiga di Bau dan masing-masing satu di Lundu, Serian, Simunjan dan Sibu.

"Kita mempunyai tiga lagi kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan untuk varian Beta ini adalah sebanyak 45 kes. 

Mengenai varian Theta pula, tiada peningkatan jumlah kes dan seperti yang dilaporkan terdahulu, Sarawak mempunyai enam kes yang dikesan di Kuching dan tujuh di Kota Samarahan untuk varian ini.

"Begitu juga bagi varian Eta; tiada peningkatan kes. Kita hanya mempunyai satu kes yang merupakan kes Import A,” kata Dr David. 

Menurutnya, jumlah terkumpul 76 yang melibatkan Varian Yang Membimbangkan (VOC) dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) telah dikesan di Sarawak dari kes positif COVID-19 setakat 4 Julai.
 

  • oleh
  • Advertisement