Anda di sini

COVID-19: Kes pertama varian Delta dikesan di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak mengesan kes pertama varian Delta (B. 1.617.2), membabitkan lelaki berusia 59 tahun dari sini. 

Kes Import B ini telah dikesan dengan varian tersebut pada 18 Jun.

Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dalam satu kenyataan menyatakan selain varian ini, kes positif yang melibatkan varian Beta (B.1.351) dan Theta (P.3) juga telah dikesan di Sarawak.

Pengarah IHMC Prof Dr David Perera memaklumkan kes itu dikesan hasil daripada pengawasan dan pengesanan secara berterusan UNIMAS, membabitkan varian SARS-COV-2 di negeri ini.

Menurutnya, sejumlah 59 kes melibatkan Varian Yang Membimbangkan (VOC) dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) telah dikesan dalam kes positif hingga 26 Jun.

Varian Delta dikesan buat pertama kali di India sementara Beta di Afrika Selatan dan Theta di Filipina.

Dr David memberitahu untuk Beta, terdapat 34 kes dikesan di Kuching, tiga di Bau dan masing-masing satu di Lundu, Serian, Simunjan dan Sibu.

Tambah beliau, terdapat tiga kes lain yang dikategorikan sebagai Import B di bawah varian sama.

Bagi varian Theta kata Dr David, enam kes dikesan di Kuching dan tujuh di Kota Samarahan manakala satu untuk Eta (B.1.525) yang merupakan kes import A.

  • oleh
  • Advertisement