Anda di sini

20 keluarga memerlukan terima bantuan bakul makanan Op Bantu

Advertisement
 Salah seorang penerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan oleh Zaidi.
SUMBANGAN: Salah seorang penerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan oleh Zaidi.

KOTA KINABALU: Seramai 20 keluarga yang memerlukan menerima bantuan bakul makanan yang disampaikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerusi Op Bantu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata bantuan segera melalui Op Bantu disampaikan kepada individu terputus bekalan makanan di seluruh negara yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

“Bantuan disampaikan selepas kita  mengenalpasti pihak atau individu yang memerlukan bantuan makanan atau terputus sumber pendapatan sepanjang tempoh pandemik ini.

“Untuk hari ini kita menyampaikan 20 bakul makanan kepada 20 keluarga memerlukan yang juga mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Aru dan selebihnya akan diagihkan dari semasa ke semasa berdasarkan senarai yang sudah dikenalpasti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan bantuan bakul makanan pada program Op Bantu Peringkat IPD Kota Kinabalu di Balai Raya Kampung Tanjung Aru Baru.

Katanya Kementerian Dalam Negeri (KDM) mengarahkan agar pihaknya mengenalpasti 300 keluarga yang memerlukan di setiap daerah sebelum pengagihan bakul makanan dilaksanakan secara berperingkat.

  • oleh
  • Advertisement