Anda di sini

Gandingan pertama Mark Adam, Amerul Affendi, Syuk Sahar

Advertisement
 

FILEM ‘Jangan Takut: Kau Takut..Aku Pun Takut’ membariskan barisan pelakon dan pelawak terkenal tanah air dan lebih istimewa ini adalah kali pertama menyaksikan gandingan trio oleh Mark Adam, Amerul Affendi dan Syuk Sahar sebagai teraju utama dalam sebuah filem komedi seram.

Pelakon Amerul Affendi telah membuktikan kemampuannya dalam membawa pelbagai watak dan salah satu watak yang menjadi ingatan penonton sehingga ke hari ini adalah watak Mat Yam melalui filem pecah panggung, ‘Polis Evo’.

Kali ini beliau mempertaruhkan sekali lagi bakatnya dengan bergandingan bersama dua pelakon Syuk Sahar dan Mark Adam yang terkenal dengan ‘punchline’ dan jenaka yang bersahaja.

Selain itu, filem komedi seram yang akan menemui penonton bermula 8 Julai ini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 ini juga menghimpunkan barisan pelakon terkenal dan pelawak tanah air seperti Tasha Shilla, Wan Hanafi Su, Delimawati, Ropie, Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Melati Zero, Azlee Senario, Ucop Cecupak, Aiyuni Hashim, Kamarul Yusof, Donna Muslim dan Along Eyzendy.

Setiap watak menampilkan karakter dan gelagat tersendiri yang pasti akan mencuit hati penonton.

Manakala dari sudut pengarahan pula, filem terbitan produksi CMA Media ini telah mendapat sentuhan kreatif oleh pengarah Nazir Jamaluddin.

 Filem yang akan menemui penonton di Astro First mulai 8 Julai ini juga menghimpunkan barisan pelakon terkenal dan pelawak tanah air seperti Ropie, Jasmin Hamid,Tasha Shilla, dan Azlee Senario. — Gambar Astro
TURUT BERLAKON: Filem yang akan menemui penonton di Astro First mulai 8 Julai ini juga menghimpunkan barisan pelakon terkenal dan pelawak tanah air seperti Ropie, Jasmin Hamid,Tasha Shilla, dan Azlee Senario. — Gambar Astro

Beliau banyak mengarahkan karya-karya komedi seram dan komedi serta pernah dinobatkan sebagai Pengarah Komedi Terbaik (TV) di Anugerah Lawak Warna 2014 menerusi drama ‘Bila Joyah Dah Goyah’.  

‘Jangan Takut: Kau Takut..Aku Pun Takut’ mengisahkan tentang tiga sahabat karib Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung.

Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing terpaksa menanggung malu.

Selepas gagal mencuri di rumah Tok Bomoh, mereka bertiga telah dihalau oleh keluarga masing-masing.

Kemudian Sarip, Dol dan Leman tekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka telah menahan dan menumpang sebuah kereta yang dipandu oleh seorang gadis bernama Malaika.

Dalam perjalanan, Sarip mengajak untuk bermain satu permainan iaitu mereka perlu berkongsi kisah seram dan jika sesiapa rasa takut maka orang itu perlu keluar daripada kereta tersebut.

Sarip dan Leman masing-masing menceritakan kisah seram tetapi tidak ada sesiapa pun yang rasa takut, bahkan mereka terhibur dengan cerita-cerita tersebut. Tiba giliran Dol untuk bercerita, tetapi Malaika terus menceritakan satu kisah seram sehingga membuatkan mereka bertiga seram.   

Wakil Produksi CMA Media dan juga merangkap Penerbit Eksekutif filem ‘Jangan Takut: Kau Takut..Aku Pun Takut’, Fuad Rodzi berkata, “Filem ini pada awalnya dirancang untuk tayangan di pawagam, namun lanjutan daripada situasi semasa, pihak kami membuat keputusan untuk tidak menangguhkan tayangannya dan memilih platform Astro First untuk mempersembahkan karya ini kepada masyarakat. ‘Jangan Takut: Kau Takut..Aku Pun Takut’ adalah sebuah filem komedi seram yang sarat dengan nilai murni yang boleh diambil sebagai teladan. Malah, antara daya tarikan filem ini, ia bukan sahaja menonjolkan lakonan oleh pelakon terkenal, tetapi turut menampilkan subplot dan tiga cerita berbeza di dalam sebuah filem. Pihak penerbit, kru dan barisan pelakon telah memberikan yang terbaik dan kami harap para penonton akan menyukai filem ini.”

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Pihak kami rasa berbesar hati melihat platform Astro First terus mendapat kepercayaan daripada penggiat seni tempatan untuk mempersembahkan karya mereka kepada penonton, lebih-lebih lagi dalam keadaan yang begitu mencabar ini.

“Sementara itu, pihak kami tidak akan henti menyokong rakyat untuk terus kekal berada di rumah dengan membawakan pelbagai lagi filem menarik untuk tontonan dan hiburan yang mampu membawa penonton keluar seketika daripada tekanan.”     

Saksikan filem Jangan Takut: Kau Takut..Aku Pun Takut yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 8 Julai ini.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.  

Advertisement