Anda di sini

Swinburne Sarawak akhiri bengkel STEAM untuk 15 sekolah rendah di Serian

Advertisement
 Pasukan STEAM dan guru dalam Train the Trainer Workshop.
DALAM TALIAN: Pasukan STEAM dan guru dalam Train the Trainer Workshop.

KUCHING: Kumpulan akademik Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEM) dari Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) baru-baru ini mengakhiri bengkel STEAM selama dua bulan yang dijalankan untuk 15 sekolah rendah di daerah Serian.

Swinburne Sarawak dalam kenyataan semalam berkata, seramai 255 pelajar dan guru menyertai bengkel itu bermula April dan berakhir dengan upacara penutupan pada 23 Jun lalu.

Bengkel ini dimulakan dengan ‘Train the Trainer Workshop’ untuk guru sekolah di Sekolah Kebangsaan St Dominic Pichin, Serian dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi melatih mereka menjalankan aktiviti STEAM di sekolah masing-masing.  

Disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergera-kan (PKP), aktiviti dalam bengkel itu kemudiannya dilakukan secara dalam ta-lian.

Objektif penganjuran bengkel itu adalah untuk memperluaskan kemahiran berfikir pelajar dalam mene-rapkan pengetahuan sains, teknik matematik dan bahasa Inggeris melalui pembelajaran berdasarkan aktiviti serta meningkatkan minat pelajar dalam STEAM.

Semasa bengkel ini, pelajar didedahkan dengan aktiviti pembelajaran yang menarik seperti Floating Boat, Lose the Blues, Magnet Art, Story Envelope dan Kahoot! Maths Whiz di mana aktiviti ini mendorong mereka untuk kreatif dan bertukar idea sambil menyelesaikan masalah menggunakan STEAM.

Selain itu, pasukan Swinburne juga mempamerkan kisah kejayaan alumni melalui persembahan video untuk memberi inspirasi kepada peserta terbabit.

Bermottokan ‘To embrace resilience and cultivate future-ready learners’ kumpulan akademik Swinburne yang dipimpin oleh Penyelaras Program Shella Georgina Beatrice dan pensyarah Dr Tan Vie Ming, Dr Yii Kwang Jing, Dr Irine Runnie Henry Ginjom, Dr Ling Chui Ching, Esther John Perry dan Ketua Pusat Pengajian Asasi Su Sueh Ing.

Kumpulan akademik ini memulakan projek STEAM untuk pelajar di sekolah luar bandar di bahagian Serian sebagai maklum balas kepada Pelan Strategik Swinburne 2025.

Aktiviti STEAM disesuaikan dengan hanya memerlukan bahan pembelajaran yang mudah diakses dan berpatutan untuk pelajar.  

Projek-projek tersebut mencerminkan strategi Swinburne untuk merapatkan komuniti dan rakan industri dengan universiti dan maklum balas positif daripada pelbagai pihak berkepentingan telah mendorong pasukan menjangkau komuniti yang lebih luas di kawasan luar bandar.

Menurut wakil pasukan, mereka sangat kagum dengan tahap penyertaan daripada 15 sekolah selama dua bulan itu meskipun terdapat sekatan aktiviti fizikal kerana wabak COVID-19.  

Mereka mengucapkan terima kasih kepada Jatan Beji dan pasukannya daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian, guru besar, guru sains dan matemik dan pelajar daripada semua sekolah yang mengambil bahagian.

Pasukan akademik ini juga merakamkan penghargaan kepada kumpulan eksekutif Swinburne Sarawak dan semua pihak berkepentingan atas sokongan serta dorongan berterusan mereka.

Selain itu, pasukan akademik mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan peserta khususnya SK Temong kerana berjaya memenangi anugerah khas.

Tambahan pula, pasukan ini menghargai geran program pendidikan yang diberikan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidi-kan Teknologi Sarawak.  

Dengan geran tersebut, pasukan berharap dapat terus memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjangkau dan menyokong Pelan Strategik Swinburne bagi menjadi universiti bertaraf dunia yang memberikan impak melalui sains, teknologi dan inovasi.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari laman webnya www.swinburne.edu.my, Facebook (@swinburnesarawak), Instagram (@swinburnesarawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau saluran YouTube (Swinburne Sarawak).

Advertisement