Anda di sini

Pemuda menyamar sebagai doktor mengaku bersalah

Advertisement
 

KUCHING: Seorang pemuda berusia 20 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menyamar sebagai doktor.

Kesalahan Shah Hairil Izman Dave dari Bandar Baru Semariang ini termaktub di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Majistret Zubaidah Sharkawi mengarahkan kes disebut semula pada 18 Ogos 2021 untuk mendengar laporan sosial tertuduh.

Shah Hairil melakukan kesalahan itu antara Januari dan Julai tahun ini.

Siasatan polis juga mendapati tertuduh memiliki pas palsu sebagai kakitangan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Di antara 15 Jun dan 1 Julai tahun ini, sebanyak 32 kali tertuduh pergi ke HUS dan menyamar sebagai doktor.

Dia juga dikatakan telah membeli peralatan seperti baju scrub berwarna merah dan biru, steteskop, pulse oximeter dan menempah cop nama Dr. Shah Hairil Izwan.

Shah Hairil ditahan polis di Pusat Pemberian Vaksin Stadium Perpaduan sekitar pukul 3 petang, 1 Julai lepas.

  • oleh
  • Advertisement