Anda di sini

Bruce Springsteen dan Jennifer Hudson bintangi konsert pasca-pandemik mega di New York

Advertisement
BRUCE SPRINGSTEEN
BRUCE SPRINGSTEEN

BRUCE Springsteen, Paul Simon dan Jennifer Hudson akan membintangi konsert besar di Central Park musim panas ini bagi menandakan pemulihan New York daripada COVID-19.

Datuk Bandar Bill de Blasio telah mengumumkan konsert tersebut diadakan pada Ogos, menyatakan ia merupakan sambutan “kelahiran semula” Big Apple selepas krisis yang meragut nyawa lebih 33,000 penduduk bandar itu. Beliau menamakan Springsteen, 71, penyanyi penulis Simon, 79, dan penyanyi R&B yang juga pelakon Hudson dalam persembahan.

Pihak terlibat belum lagi mengesahkan tarikh tersebut namun The New York Times berkata 21 Ogos merupakan tarikh dalam perancangan.

Penghasil muzik Clive Davis sedang menguruskan barisan persembahan dan berniat untuk mendapatkan lapan bintang ikonik dalam majlis tiga jam yang bakal ditayangkan di seluruh dunia.

Kebanyakan daripada 60,000 tiket yang diedarkan adalah percuma, serta terdapat tempat duduk VIP juga.

Konsert tersebut akan menjadi majlis muzik besar terkini yang diadakan di Great Lawn Central Park, seperti konsert klasik Simon dan Garfunkel pada 1981 dan konsert Global Citizen pada September 2019.

Pengumuman persembahan pertama itu dilakukan dalam pada bandar paling pesat Amerika melancarkan semula industri pelancongan mereka.

Pengagihan vaksin telah menyaksikan penurunan drastik kes koronavirus dan kesemua peraturan kawalan penularan virus telah dimansuhkan.

Lebih daripada 67 peratus orang dewasa New York City telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. — AFP

Advertisement