Anda di sini

Hari Sabah boleh menjadi realiti tahun depan

Advertisement
JEFFREY
JEFFREY

KENINGAU: Hari Sabah adalah perayaan untuk memperingati kemerdekaan Sabah yang jatuh pada 31 Ogos 1963 akan dapat diraikan bagi pertama kalinya pada tahun hadapan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, kertas Kabinet untuk mewartakan Hari Sabah telahpun disiapkan.

Beliau berkata, Hari Sabah telah menjadi salah satu perayaan tahunan yang utama untuk partinya, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

“STAR selalu menyambut Hari Sabah, sebilangan orang berpendapat tidak ada keperluan untuk cuti umum yang lain kerana 31 Ogos sudah merupakan hari cuti umum. Namun, itu bukan masalahnya.

“Kami ingin mengiktiraf 31 Ogos sebagai Hari Sabah untuk meraikan hari kemerdekaan Sabah, bukan Hari Kebangsaan yang menyambut hari kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan kata lain, kita mahukan apa yang dimiliki Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jeffrey yakin Hari Sabah akan diwartakan secara rasmi pada tahun hadapan dan perayaan itu dapat diadakan dengan selamat sebaik sahaja COVID-19 dalam keadaan terkawal.

Namun, pada masa ini katanya, pewartaan berkenaan perlu mendapat sokongan sebulat suara daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak dapat diadakan kerana adanya prosedur operasi standard (SOP) dan keadaan darurat yang berlaku.
 

  • oleh
  • Advertisement