Anda di sini

1,844 pelajar di Sabah, Labuan terima peranti digital

Advertisement
 Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan Azlan Dasran (dua kanan) menerima peranti berkenaan
CERDIK KINABATANGAN: Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan Azlan Dasran (dua kanan) menerima peranti berkenaan

KOTA KINABALU: Seramai 1,726 pelajar di Sabah dan 118 di Labuan menerima peranti digital yang dilengkapi dengan sambungan data sumbangan Yayasan PETRONAS.

Sumbangan itu adalah sebagai sebahagian daripada inisiatif yayasan berkenaan bagi memudahkan akses pembelajaran atas talian kepada pelajar daripada keluarga B40.

Sumbangan bernilai RM4.6 juta itu disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort, Kuala Penyu, Papar, Kinabatangan, Labuk & Sugut, Semporna, Lahad Datu, Pitas, Ranau, Tenom, dan Jabatan Pendidikan Labuan bermula 29 Jun sehingga 2 Julai.

Ia adalah sebahagian daripada komitmen Yayasan PETRONAS di bawah Program CERDIK yang merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh syarikat berkaitan kerajaan bagi memudahkan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses pendidikan dalam norma baharu.

 Penolong Pegawai Pendidikan (Sektor Perancangan) PPD Ranau Juil Gitom (kanan) menerima peranti sumbangan PETRONAS
CERDIK RANAU: Penolong Pegawai Pendidikan (Sektor Perancangan) PPD Ranau Juil Gitom (kanan) menerima peranti sumbangan PETRONAS

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS Nelly Francis Shariah berkata, hasrat pihaknya melalui penglibatan dalam Program CERDIK ini ialah untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti secara saksama kepada pelajar ke arah merapatkan jurang digital dalam pembelajaran.

"Peranti yang disediakan melalui Program CERDIK itu akan menyokong keperluan pembelajaran pelajar selama tiga tahun akademik.

"Ia juga dilengkapi dengan sambungan data serta sokongan teknikal dan waranti," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Secara keseluruhannya, Yayasan PETRONAS mengagihkan 12,000 peranti bernilai RM30 juta di seluruh negara di bawah Program CERDIK.
 

  • oleh
  • Advertisement