Anda di sini

Dua daripada empat banduan melarikan diri berjaya ditangkap semula

Advertisement
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

KUCHING: Dua daripada empat banduan yang melarikan diri dari Penjara Puncak Borneo petang tadi berjaya ditangkap pihak penjara, demikian menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.

Menurutnya, setakat pukul 11:00 malam, usaha menjejaki dua lagi banduan masih dilakukan.

“Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan dan Tiger Platoon Pasukan Gerakan Am (PGA) telahpun digerak untuk bantu pihak penjara memasuki kawasan hutan berhampiran.

“Op Tutup juga telah dilancar sejak sebaik maklumat diperolehi petang tadi,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, malam ini.

Difahamkan empat banduan itu meloloskan diri dari tahanan dan melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran Pusat Latihan Polis Kuching di Jalan Puncak Borneo, sekitar pukul 6:00 petang, Khamis (1 Julai).

Susulan itu, tular di media sosial gambar wajah empat banduan tersebut. Bagaimanapun tiada pengesahan daripada polis mengenai kesahihan gambar berkenaan.

Advertisement