Anda di sini

Upacara pengebumian cetus kluster baharu di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Upacara pengebumian dan sembahyang kematian mencetus satu kluster lagi di Sarawak iaitu Kluster Lorong 3, Kampung Siol Kandis di Kuching, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

JPBNS dalam satu kenyataan hari ini, berkata jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan kluster komuniti berkenaan yang dikesan melibatkan beberapa buah keluarga di Lorong 3, Kampung Siol Kandis, Petra Jaya, Kuching.

"Perebakan jangkitan berlaku melalui upacara pengebumian dan sembahyang kematian pada 2 Jun hingga 4 Jun 2021 dan pada 12 Jun 2021 serta pergerakan sosial dan kontak rapat dalam kalangan individu dan keluarga individu yang telah menghadiri upacara tersebut. 

"Sejumlah 123 individu disaring di mana 45 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 78 kes didapati negatif.

"Kesemua kes positif COVID-19 ini dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut," katanya. 

Jawatankuasa turut mengumumkan satu kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Jalan Haji Lampam, Miri setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini.

Katanya ia menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di negeri ini adalah sebanyak 95 kluster.

"Sebanyak 16 kluster aktif yang telah merekodkan 125 penambahan kes baharu manakala 79 kluster tidak merekodkan penambahan kes," katanya. 

Sementara itu, mengenai status daerah di negeri ini, hari ini daerah Matu telah kembali ke status jingga daripada status merah setelah merekodkan hanya 23 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. 

JPBNS berkata ia menjadikan jumlah daerah berstatus jingga telah meningkat kepada tiga daerah dan jumlah daerah berstatus merah telah berkurang kepada 28 daerah. 

Manakala, lapan daerah kekal berstatus kuning dan satu daerah kekal berstatus hijau.

  • oleh
  • Advertisement