Anda di sini

Rogol tujuh hari berturut-turut

Advertisement
Tertuduh (dua kiri) diiringi polis semasa berada di lobi Mahkamah Kuching, hari ini.
Tertuduh (dua kiri) diiringi polis semasa berada di lobi Mahkamah Kuching, hari ini.

KUCHING: Seorang pemuda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tujuh pertuduhan merogol teman wanita berumur 13 tahun, selama tujuh hari berturut-turut.

Pemuda berusia 20 tahun itu membuat pengakuan sebaik kesemua pertuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Ketujuh-tujuh pertuduhan berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sebaik pengakuan bersalah direkodkan, Hakim Jason Juga menetapkan kes disebut semula pada 5 Ogos depan untuk mendengar laporan sosial tertuduh.

Tertuduh yang berasal dari Kota Samarahan itu juga diberikan ikat jamin RM10,000 dengan RM5,000 didepositkan beserta dua penjamin tempatan yang mempunyai alamat dan pekerjaan tetap bagi kesemua pertuduhan.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa antara 16 Jun sehingga 22 Jun lalu.

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh antara jam 6 petang hingga 9 malam di kediaman tertuduh yang terletak di Batu Kawa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

  • oleh
  • Advertisement