Anda di sini

Bunga Rafflesia ditemui di Sungai Asap, Belaga 

Advertisement
Kujan bersama bunga Rafflesia yang ditemuinya ketika mencari rotan di hutan Sungai Parod, di Sungai Asap, Belaga. - Gambar ihsan Kujan Lusat
Kujan bersama bunga Rafflesia yang ditemuinya ketika mencari rotan di hutan Sungai Parod, di Sungai Asap, Belaga. - Gambar ihsan Kujan Lusat

MIRI: Seorang petani dari Sungai Asap, Belaga, terkejut apabila menemukan dua kuntum bunga pakma yang juga dikenali sebagai Rafflesia, di kawasan hutan di Sungai Parop.  

Kujan Lusat, 65 dari Uma Badeng, Sungai Asap, berkata beliau keluar mencari rotan, seperti kebiasaannya di kawasan hutan berkenaan yang terletak kira-kira sejam berjalan kaki dari rumah panjang mereka, pada 23 Jun lalu. 

"Namun apa yang mengejutkan saya, bukannya rotan yang saya temui pagi itu tetapi bunga pakma. 

 Bunga Rafflesia yang pertama kali ditemui tumbuh di Sungai Asap, Belaga. - Gambar ihsan Kujan Lusat 
Bunga Rafflesia yang pertama kali ditemui tumbuh di Sungai Asap, Belaga. - Gambar ihsan Kujan Lusat 

"Ada dua kuntum, satu sudah mekar sepenuhnya, dalam keadaan yang amat baik, manakala satu lagi masih menguntum. Saya harap dapat melihat ia mekar dengan baik kelak," katanya ketika dihubungi oleh Utusan Borneo hari ini. 

Beliau memberitahu bunga tersebut mekar dianggarkan mencapai satu kaki besarnya. 

Menurut Kujan, ini adalah kali pertama beliau dan penduduk kampung di Sungai Asap, Belaga, menemukan bunga pakma di situ. 

Keadaan bunga Rafflesia yang masih menguntum dan belum mekar, ditemui berhampiran dengan bunga yang sudah mekar. - Gambar ihsan Kujan Lusat
Keadaan bunga Rafflesia yang masih menguntum dan belum mekar, ditemui berhampiran dengan bunga yang sudah mekar. - Gambar ihsan Kujan Lusat

“Ketika saya tengah mencari rotan macam biasa pagi itu, saya tiba-tiba ternampak warna yang merah dan terang. Itu yang menarik perhatian saya mula-mula. Apabila dihampiri saya sangat terkejut kerana saya tahu ia adalah bunga Rafflesia dan (spesies) dilindungi,” tambah beliau.  

“Hari ini saya pergi lagi ke sana dan menebas kawasan sekitarnya bagi memastikan kedua-dua bunga ini terus mekar dengan baik,” katanya sambik memberitahu turut menemukan benih bunga tersebut, berhampiran bunga yang sudah mekar. 

Bunga Pakma atau Rafflesia ini yang merupakan bunga terbesar di dunia, boleh membesar dan mekar sehingga saiz 91cm (atau tiga kaki) diameter, 1.9 cm tebal dan boleh mencapai berat sehingga tujuh kilogram. 

Anak panah menunjukkan benih dipercayai bunga Rafflesia yang ditemui berhampiran bunga tersebut. - Gambar ihsan Kujan Lusat
Anak panah menunjukkan benih dipercayai bunga Rafflesia yang ditemui berhampiran bunga tersebut. - Gambar ihsan Kujan Lusat

Di Sarawak, bunga ini dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak (1998) dan di bawah ordinan ini, adalah menjadi kesalahan bagi bagi mana-mana individu untuk memburu, membunuh, menangkap, menjual atau memiliki mana-mana spesies yang dilindungi ini atau terlindung sepenuhnya. 

  • oleh
  • Advertisement