Anda di sini

Masjid dan surau kini dibuka untuk solat fardu dan Jumaat

Advertisement
 

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) membenarkan orang ramai mengikuti solat Jumaat dan fardu di masjid dan surau bagaimanapun jumlah jemaah dihadkan bagi membolehkan penjarakan fizikal satu meter dipatuhi.

MIS dalam kenyataannya hari ini berkata bagi solat Jumaat di Masjid Jamek Negeri Sarawak, jumlah jemaah tidak melebihi 200 orang pada satu-satu masa manakala di masjid bahagian, daerah, daerah kecil, kariah 100 dan surau tidak melebihi 50 orang.

Manakala bagi solat fardu pula bilangan jemaah dihadkan kepada 100 orang di Masjid Jamek Negeri Sarawak dan hanya 50 orang di masjis bahagian, daerah, daerah kecil, kariah dan surau.

Had jemaah itu adalah termasuk pegawai masjid dan jawatankuasa pengurusan.

Advertisement