Anda di sini

‘Hitman’s Wife’s Bodyguard’ ungguli carta box office Amerika Utara

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 5 Oktober 2019 ini menunjukkan Samuel L. Jackson menghadiri majlis pembukaan Tyler Perry Studios di Atlanta, Georgia. Kaki wayang di Amerika Utara sekali lagi menunjukkan minat mereka kepada filem aksi komedi dengan ‘The Hitman’s Wife’s Bodyguard’ menduduki carta teratas box office. — Gambar AFP
JUARA CARTA: Gambar fail yang diambil pada 5 Oktober 2019 ini menunjukkan Samuel L. Jackson menghadiri majlis pembukaan Tyler Perry Studios di Atlanta, Georgia. Kaki wayang di Amerika Utara sekali lagi menunjukkan minat mereka kepada filem aksi komedi dengan ‘The Hitman’s Wife’s Bodyguard’ menduduki carta teratas box office. — Gambar AFP

PARA penggemar filem Amerika Utara sekali lagi menunjukkan minat mereka dengan filem aksi komedi.

Perkara ini dapat dilihat apabila keluaran baharu ‘The Hitman’s Wife’s Bodyguard’ duduk di carta teratas box office pada hujung minggu dengan meraih AS$11.4 juta, menurut laporan Exhibitor Relations.

Jumlah pendapatan masih kurang berbanding sebelum pandemik, namun penonton Hollywood sudah berpuas hati dengan pembukaan semula pawagam serta pemansuhan had kapasiti di pelbagai bandar.

Sebagai susulan filem terkenal Lionsgate ‘The Hitman’s Bodyguard dari 2017, dengan Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson dan Salma Hayek memegang watak utama, ‘Bodyguard”’baharu ini diramal akan mendapat sambutan. Namun ia perlu terus meraih hati penonton untuk melepasi kos penghasilan AS$70 juta, menurut Variety.

Pendahulu box office minggu sebelumnya, ‘A Quiet Place: Part II’ telah jatuh ke tempat kedua, dengan AS$9.1 juta hujung minggu lalu.

Filem seram Paramount mengisahkan raksasa ganas yang tidak dapat dilihat itu dibintangi oleh Emily Blunt. Suami beliau John Krasinski bertindak sebagai pengarah.

Di tempat ketiga filem mesra keluarga daripada Sony berjudul ‘Peter Rabbit 2: The Runaway’, meraih AS$6.1 juta.

Filem aksi langsung/animasi itu menampilkan James Corden  sebagai suara watak utama, dengan persembahan langsung oleh Rose Byrne, Domhnall Gleeson dan David Oyelowo.

Tangga keempat diduduki, juga oleh filem seram dari Warner Bros, ‘The Conjuring: The Devil Made Me Do It’ dengan AS$5 juta. Patrick Wilson bersama Vera Farmiga sekali lagi membintangi sebagai penyiasat paranormal menentang kejahilan syaitan.

Di tempat kelima ialah filem mesra keluarga Disney’s ‘Cruella’, meraih AS$4.8 juta. Emma Stone membintangi sebagai watak jahat.

Filem lain di 10 teratas ialah ‘In the Heights’ (AS$4.2 juta), ‘Spirit Untamed’ (AS$1.6 juta), ‘12 Mighty Orphans’ (AS$900,000), ‘The House Next Door: Meet the Blacks’ (AS$600,000), ‘Wrath of Man’ (AS$460,000). — AFP

Advertisement