Anda di sini

Angelina Jolie lawat Burkina Faso pada Hari Pelarian Sedunia

Advertisement
 Angelina Jolie bercakap dengan pelarian Mali ketika berada di Goudebo, sebuah kem yang menerima lebih daripada 11,000 pelarian di Burkina Faso, pada Hari Pelarian Sedunia pada 20 Jun lepas.  — Gambar AFP
PRIHATIN: Angelina Jolie bercakap dengan pelarian Mali ketika berada di Goudebo, sebuah kem yang menerima lebih daripada 11,000 pelarian di Burkina Faso, pada Hari Pelarian Sedunia pada 20 Jun lepas. — Gambar AFP

PELAKON Hollywood dan Utusan Khas untuk Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), Angelina Jolie telah melawat sebuah kem pelarian di Burkina Faso pada Hari Pelarian Sedunia baru-baru ini untuk meningkatkan kesedaran tentang pengusiran pelarian.

“Saya berasa rendah diri untuk berada di Burkina Faso, dan dengan kemuliaan orang yang saya jumpa di sini. Saya tiba di sini untuk menunjukkan sokongan saya bersama warga Burkinabe, yang terus membuka pintu untuk saudara dan saudari mereka yang telah diusir sungguhpun serangan dan cabaran teruk,” kata Jolie.

Utusan tersebut melawat kem Goudebo di timur laut negara itu.

Bercakap di kem itu, Jolie mengetengahkan nasib seramai 82 juta orang yang kini diusir secara paksa di serata dunia dan menambah bahawa sepanjang 20 tahun bersama UNHCR beliau “tidak pernah bimbang seperti ini” tentang pengusiran orang ramai.

“Kebenarannya ialah kita tidak berusaha separuh pun daripada yang kita mampu untuk mencari jalan bagi membenarkan pelarian untuk pulang,” utusan khas itu menambah.

Beliau menegaskan bahawa pendekatan komuniti antarabangsa dalam mengetengahkan isu ini sebagai “rosak, tidak menentu, tidak adil” dan “berasaskan kepentingan mewarisi.”

Sebaliknya, Jolie menggesa komuniti antarabangsa untuk mencari penyelesaian baharu bagi mengurangkan angka pelarian di seluruh dunia.

Burkina Faso kini terjejas dengan pengusiran pelarian di kawasan Sahel dari Afrika Barat dan Tengah.

Sejak 2019, lebih daripada 1.2 juta orang telah dipaksa meninggalkan kediaman mereka.

Dana UNHCR di Burkina Faso merupakan salah satu yang paling rendah dengan hanya 22 peratus daripada matlamat dana telah dicapai. — Bernama

Advertisement