Anda di sini

Degil, dua kilang dikompaun

Advertisement
 

BINTULU: Dua kilang di Kemena dikompaun RM39,000 kerana didapati gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi operasi dijalankan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu, pada Isnin.

Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr. Melvin Chung berkata, pemeriksaan mendapati pekerja yang datang bekerja melebihi 30 peratus dari ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu.

Dua kilang itu juga didapati mengadakan mesyuarat dengan melanggar SOP,  tidak melakukan imbasan kod MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka.

Dr Melvin dalam masa sama melahirkan kekesalan terhadap sikap segelintir penggiat industri yang tidak mematuhi SOP ditetapkan.

"Sikap majikan dan pekerja yang sebegini sememangnya menjadi antara penularan COVID-19 sukar dibendung di bahagian ini," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berharap agar semua penggiat industri dan perniagaan di bahagian ini sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekaligus mengurangkan kadar jangkitan di tempat kerja.
 

  • oleh
  • Advertisement