Anda di sini

Sukarelawan, penerima vaksin di BCCK terima kek sempena Hari Bapa

Advertisement
Liaw (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada Chai sambil disaksikan yang lain. - Gambar oleh Roystein Emmor
Liaw (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada Chai sambil disaksikan yang lain. - Gambar oleh Roystein Emmor

KUCHING: Lions Club of Kuching Centennial hari ini menyampaikan 500 set kek dan 50 pek air minuman kepada sukarelawan dan orang ramai di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden kelab, Liaw Kheng Boon kepada Pengarah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Chai King Sing bersempena sambutan Hari Bapa.

"250 set kek diberikan kepada sukarelawan, sementara separuh lagi diberikan kepada penerima vaksin di BCCK.

"Sumbangan ini juga merupakan penghargaan kepada sukarelawan yang telah bekerja keras di pusat tersebut," katanya semasa ditemui hari ini.

Pandemik COVID-19 telah berlarutan selama satu tahun setengah, dan pihaknya berusaha untuk membantu masyarakat dalam perspektif yang berbeza, tambahnya.

Sementara itu, Chai mengucapkan penghargaan kepada pihak kelab di atas sumbangan dan semangat kesukarelawan mereka membantu serta menyokong golongan yang memerlukan.

Seramai 120 orang ahli PBSM kini membantu sebagai sukarelawan di empat buah Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) yang terletak di BCCK, Kozi Square, Hospital Umum Sarawak (HUS) dan masjid Darul Hana.

"Para sukarelawan ini membantu dan menjalankan tugas mereka dengan ikhlas dan berharap ia berupaya membantu masyarakat untuk mencapai 70 peratus imuniti komuniti yang telah divaksin," tegansya lagi. 

Advertisement