Anda di sini

Program vaksinasi di PPV Dewan Universiti Curtin lancar

Advertisement
Keadaan hari pertama program vaksinasi di PPV Dewan Universiti Curtin. - Gambar ihsan Unit Komunikasi Aawam Sarawak
Keadaan hari pertama program vaksinasi di PPV Dewan Universiti Curtin. - Gambar ihsan Unit Komunikasi Awam Sarawak

MIRI: Program vaksinasi COVID-19 yang bermula di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Universiti Curtin di Senadin hari ini berjalan lancar.

PPV Universiti Curtin dibuka bagi menggantikan PPV Dewan Dato Permaisuri.

Menteri bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin yang meluangkan masa meninjau PPV itu melahirkan perasaan puas hati.

Beliau berkata, pengaturan dan aliran pengoperasian berjalan lancar dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

“Semua proses saringan gejala dan pengambilan suhu badan, pendaftaran, kaunseling dan persetujuan imunisasi, suntikan vaksin dan pemerhatian dijalankan dengan baik. 

“Saya berterima kasih kepada semua agensi di bawah JPBB Miri dalam usaha memindahkan PPV Dewan Dato Permaisuri ke PPV Dewan Universiti dalam masa singkat iaitu kurang daripada 24 jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee yang juga Menteri Pengangkutan memberitahu, PPV ini mampu menampung 1,500 penerima vaksin yang dijadualkan untuk menerima vaksin di PPV Dewan Dato Permaisuri.

Beliau berkata PPV Dewan Universiti Curtin berupaya menampung kapasiti 1,500 dos sehari dan akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam, setiap Isnin hingga Ahad.

Beliau turut menyeru penduduk Miri agar segera mendaftar dalam program vaksinasi agar dapat melancarkan proses vaksinasi bagi mencapai 80 peratus imuniti kelompok.

Hadir sama ialah ADUN Piasau Sebastian Ting, Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf yang juga pengerusi JPBB Miri dan Pegawai Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, Dr P. Raviwharmman Packierisamy dan Pengurus Operasi Curtin Universiti Miri Ir Pieter Pottas.

  • oleh
  • Advertisement