Anda di sini

Pemberian vaksin pandu lalu perlu banyak kajian - Dr Annuar

Advertisement
Dr Annuar ketika bersiaran langsung menerusi Facebook.
Dr Annuar ketika bersiaran langsung menerusi Facebook.

SIBU: Pemberian vaksin secara pandu lalu kepada orang ramai di Sibu memerlukan banyak kajian. 

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu, Dr Annuar Rapaee berkata, ini kerana pelbagai implikasi harus diteliti sebelum dapat dilaksanakan. 

"Satu-satunya stesen yang melambatkan proses adalah penyerahan borang persetujuan dan pemeriksaan tekanan darah untuk mereka yang menerima suntikan dos pertama. 

"Saya tidak dapat menafikan bahawa ini adalah proses yang baik. Saya rasa proses pemberian vaksin cara pandu lalu ini dapat dilaksanakan bagi mereka yang menerima suntikan dos kedua. 

"Ini kerana untuk dos kedua, mereka tidak perlu menyerahkan borang persetujuan atau melakukan pemeriksaan," jelasnya ketika bersiaran langsung menerusi Facebook petang semalam. 

Terdahulu, Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam melawat proses pemberian vaksin secara pandu lalu di Kem Rejimen Renjer Diraja Ketiga (3RRD) Batu 14 Jalan Oya. 

Beliau memuji kejayaan proses pemberian vaksin secara pandu lalu di kem tersebut berjalan lancar, teratur dan tenang. 

"Seramai tiga orang dibenarkan masuk ke dalam kereta untuk divaksin dan hanya 40 kereta untuk setiap jam. 

Keadaan tidak akan sama sekiranya melibatkan orang ramai. 

"Tentera sangat berdisiplin, mereka datang tepat pada masa. Kita tidak boleh mengharapkan disiplin yang sama untuk orang awam. 

"Sebahagian dari mereka (orang awam) akan datang lambat, ada yang datang lebih awal. Bagaimana jika mereka yang datang lebih awal, lebih awal dari waktu mereka, mereka harus kembali ikut giliran, ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas," ujarnya. 

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi itu memberitahu, jumlah vaksinasi harian akan meningkat apabila Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah, Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) dan Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Sibu (LAKIS) dibuka. 

"Selain itu, pasukan Unit Bergerak Vaksinasi COVID-19  juga akan ke rumah-rumah panjang. 

Saya percaya kita akan melakukan hampir 7,000 vaksinasi setiap hari di Sibu. 

"Sekiranya kita dapat mencapai 7,000 vaksinasi setiap hari sebelum bulan Julai, kita lebih awal dari sasaran," katanya. 

  • oleh
  • Advertisement