Anda di sini

Hanya yang ada janji temu diberi suntikan di PPV Serian - Tuah

Advertisement
John (empat) menyerahkan laptop kepada Tuah pada majlis ringkas di PPV Serian, pada Sabtu.
John (empat) menyerahkan laptop kepada Tuah pada majlis ringkas di PPV Serian, pada Sabtu.

KUCHING: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bahagian Serian hanya memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada mereka yang sudah menerima janji temu menerusi aplikasi MySejahtera atau sistem hidrid.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Serian Tuah Suni berkata PPV Serian tidak akan menerima mereka yang datang mendapatkan vaksin secara 'walk-in'. 

Tuah yang juga Residen Bahagian Serian menjelaskan, sistem hidrid merujuk kepada pendaftaran penerima vaksin COVID-19 tinggal di luar bandar yang nama mereka didaftar oleh ketua kaum masing-masing atau diserahkan kepada pejabat residen dan daerah.

"Hanya mereka yang menerima janji temu untuk divaksin datang ke PPV ditetapkan sementara yang belum menerima janji temu, harap bersabar kerana akan sampai giliran bila tiba masanya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan laptop daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus pada Sabtu bagi membantu meningkatkan operasi hadian di PPV Serian.

Dalam pada itu, John menggesa penduduk Serian yang sudah mendaftar untuk mendapat suntikan vaksin COVID-19 tetapi masih belum menerima suntikan, bersabar menunggu janji temu masing-masing.

"Kepada mereka di bahagian Serian masih menunggu untuk dipanggil (untuk mendapatkan vaksin), harap bersabar dan menunggu giliran masing-masing terutama mereka yang telah mendaftar melalui sistem hibrid," katanya.

Mengenai sumbangan laptop itu, John berkata sebanyak tujuh unit laptop diserahkan kepada PPV Serian, lima daripada Pusat Khidmat Bukit Semuja dan dua lagi daripada Penghulu Lee Choi Joo.

Beliau turut memaklumkan 20 sukarelawan dari Kelab Rekreasi Bukit Semuja tampil membantu kakitangan kesihatan yang bertugas di PPV Serian.

"Saya berharap dengan bantuan daripada sukarelawan serta sumbangan laptop ini, proses dan prosedur melibatkan program vaksinasi di sini berjalan lancar, lebih teratur," kata Joh

  • oleh
  • Advertisement