Anda di sini

Sejam pujuk lelaki cuba terjun bangunan

Advertisement
Anggota bomba berusaha menenangkan lelaki tersebut yang dikatakan mengalami tekanan perasaan, hari ini. - Gambar ihsan bomba
Anggota bomba berusaha menenangkan lelaki tersebut yang dikatakan mengalami tekanan perasaan, hari ini. - Gambar ihsan bomba

KUCHING: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami tekanan perasaan berjaya diselamatkan dalam cubaannya terjun dari sebuah bangunan komersial di Bandar Baharu Batu Kawa (MJC), hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang mengambil masa sejam lebih untuk memujuk mangsa yang berada di atas bangunan komersial empat tingkat.

"Turut sama memujuk mangsa adalah ibunya sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Laporan berhubung kejadian diterima pada jam 6.24 pagi dan mangsa berjaya dipujuk sekitar jam 8 pagi.

Mangsa, 34, yang berasal dari Sri Aman kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

  • oleh
  • Advertisement