Anda di sini

COVID-19: 5,150 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,150 kes baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah itu berkurang 269 kes berbanding 5,419 kes yang dicatatkan semalam.

Dr Noor Hisham menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan, Selangor kekal negeri tertinggi kes harian melibatkan 1,914 orang, diikuti Negeri Sembilan (607), Sarawak (570), Kuala Lumpur (480) dan Johor (392).

Selain itu, Kelantan (230), Kedah (228), Sabah (184), Melaka (152), Labuan (101), Pulau Pinang (99), Perak (66), Pahang (57), Terengganu (56), Perlis (lapan) dan Putrajaya (enam). - Bernama

Advertisement