Anda di sini

Beli tenggiling serah kepada SFC

Advertisement
Tenggiling dilepaskan oleh kakitangan SFC di Taman Negara Simalajau.
Tenggiling dilepaskan oleh kakitangan SFC di Taman Negara Simalajau.

BINTULU: Sikap terpuji ditunjukkan oleh seorang wanita apabila sanggup membeli seekor tenggiling untuk diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Wanita berumur 21 tahun ini berasa terpanggil menunaikan tanggungjawabnya bagi memastikan haiwan terlindung tidak diniagakan sewenang-wenangnya.

Haiwan dilindungi oleh Ordinan Perlindungan Kehidupan Liar 1998 ini dilepaskan di Taman Negara Similajau selepas diperiksa tahap kesihatannya pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton menyatakan penghargaannya terhadap tindakan terpuji wanita itu.

Beliau berkata, orang ramai kini bersedia untuk melangkah lebih jauh dengan menyokong peranan pihak berkuasa berkaitan dalam melindungi dan memulihara hidupan liar.

"Namun, kami tidak menggalak orang ramai untuk 'menyelamat' dengan membeli dari peniaga. Tindakan membeli akan mendorong peniaga untuk memperoleh lebih banyak haiwan liar lagi untuk dijual. Orang ramai disaran untuk segera melaporkan penjualan spesies hidupan liar kepada SFC,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sesiapa yang didapati bersalah membunuh, menyimpan, menjual, membeli haiwan tanpa kebenaran Pengawal Hidupan Liar, boleh dipenjara hingga satu tahun dan didenda RM10,000.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka yang menangkap, memburu, menjual, menyimpan atau menyeksa hidupan liar boleh menghubungi talian hotline SFC: Kuching (019-8859996), Sibu (019-8883561), Bintulu (019-8332737) dan Miri (019-8290994).

Advertisement