Anda di sini

Muhyiddin umum Pelan Pemulihan Negara petang ini

Advertisement
 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pelan Pemulihan Negara petang ini. 

Menurut infografik yang dikongsikan di laman Facebook Muhyiddin, Perutusan Khas Perdana Menteri itu akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen tempatan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV pada 5 petang ini.

Selain itu, perutusan berkenaan juga akan disiarkan di saluran 121 Freeview, 631 unifi TV, Facebook Live & Saluran YouTube Bernama TV. - Bernama 

Advertisement