Anda di sini

Keberanian mendorong Irene Aquarium mendigitalisasi dan terus menerajui

Advertisement

“Dulu untuk mendigitalisasi adalah satu langkah berani yang kami ambil. Kini perniagaan kami terus berkembang maju.”
- Darren Cheong, Irene Aquarium

Irene Aquarium, sebuah perniagaan kedai haiwan peliharaan keluarga sudah berkhidmat untuk komuniti Petaling Jaya lebih daripada 20 tahun lamanya, dan kini dikendalikan oleh pasangan ibu dan anak, Puan Vivien dan Darren Cheong.

Beberapa tahun lalu, Puan Vivien mempunyai gagasan yang sangat berani. Beliau melihat potensi untuk meraih lebih jualan dalam talian dan ingin digitalkan perniagaannya meskipun tanpa pengetahuan dan pengalaman dunia digital. Namun beliau tetap yakin dengan pendiriannya kerana beliau percaya ia akan memanfaatkan perniagaannya. Syukurlah, beliau mendapat sokongan daripada anak-anak lelakinya yang pintar digital untuk bantu beliau mencipta laman web. Lantaran itu, mereka menceburkan diri dalam platform e-dagang dan media sosial.

Kini jualan dalam talian Irene Aquarium meningkat maju walaupun dalam pandemik. Semuanya kerana keberanian Puan Vivien untuk mendigitalisasi dan ilmu yang dikongsi bersama ahli keluarga.

Raih pelanggan baharu secara mudah dengan Digital Marketing Lite

Bagi Puan Vivien dan Darren, adalah penting untuk terus menerajui walaupun perniagaan berjalan lancar. Jadi mereka memutuskan untuk ceburi pemasaran digital demi mengembangkan pangkalan pelanggan serta meraih pelanggan berpotensi menjangkaui kawasan Lembah Klang. Namun, hasratnya diduga dengan pelbagai cabaran. Mereka tidak biasa dengan aspek teknikal pengiklanan dalam talian, terutamanya apabila melibatkan platform seperti Google dan Facebook.

Mereka memerlukan penyelesaian yang dapat membantu menunaikan hasrat mereka dengan mudah. Oleh itu, Maxis SME Help Squad mencadangkan Digital Marketing Lite dan juga membantu mereka mendaftar Geran Digitalisasi PKS PENJANA serta menuntut dana sehingga RM5,000*.

Kini dengan Digital Marketing Lite, Puan Vivien dan Darren dapat peroleh manfaat daripada perkhidmatan pakar pemasaran yang mahir digital untuk bantu merancang, melaksana dan mengoptimasi iklan mereka di Facebook dan Google sekali gus menjangkau pelanggan baharu serta meraih penjualan mahupun dalam talian atau luar talian.

Sama seperti Puan Vivien dan Darren, anda juga boleh jadi UsahaWIRA

Untuk terus menerajui dalam perniagaan, Puan Vivien dan Darren mengambil langkah berani ke laman digital dan merebut peluang berharga untuk menuntut dana sehingga RM5,000* dari Geran Digitalisasi PKS PENJANA. Kini bersama Maxis Business, mereka mempunyai rakan kongsi yang sentiasa bersama melangkah ke arah digitalisasi.

Klik untuk ketahui bagaimana anda boleh jadi UsahaWIRA

*Tertakluk pada terma dan syarat

Advertisement