Anda di sini

Polis Brazil bunuh penjenayah paling dikehendaki

Advertisement
 Gambar fail bertarikh 6 Mei lalu kelihatan pegawai polis awam turut serta dalam operasi membanteras penyeludupan dadah di Jacarezinho favela di Rio de Janeiro, Brazil. Pihak polis berkata, telah membunuh penjenayah paling dikehendaki di Brazil da Silva Braga, di Rio de Janeiro, kelmarin. — Gambar AFP
DIGEMPUR: Gambar fail bertarikh 6 Mei lalu kelihatan pegawai polis awam turut serta dalam operasi membanteras penyeludupan dadah di Jacarezinho favela di Rio de Janeiro, Brazil. Pihak polis berkata, telah membunuh penjenayah paling dikehendaki di Brazil da Silva Braga, di Rio de Janeiro, kelmarin. — Gambar AFP

RIO DE JANEIRO: Pihak polis menyatakan mereka telah membunuh salah seorang dari penjenayah paling dikehendaki di Brazil kelmarin dalam satu serbuan, Wellington “Ecko” da Silva.

Braga, dituduh sebagai mengetuai kumpulan militia terbesar di Rio de Janeiro.

Pihak polis menyatakan 21 anggota polis bertindak bagi menangkap Braga, ketua bagi sebuah kumpulan peras ugut dan pengedaran dadah dikenali sebagai Justice League atau Bonde do Ecko, selepas mengetahui dia akan berada di rumah isterinya bagi sambutan Hari Valentine Brazil.

Bagaimanapun, dia melarikan diri ketika pihak polis tiba di kediaman di favela Tres Pontes  di bahagian barat Rio, membawa kepada seorang anggota polis untuk menembak dan mencederakannya, pegawai perisikan polis Thiago Neves memberitahu dalam satu sidang media.

Selepas dia ditangkap, Braga telah cuba untuk merampas senjata seorang anggota polis, menyebabkan pihak polis menembak dia sekali lagi, menurut Neves.

Dia meninggal dunia akibat kecederaannya ketika pihak polis membawa dia ke hospital, jelasnya.

Braga berdepan beberapa waran tangkap bagi pengedaran dadah, memeras ugut dan membunuh.

Pihak polis menggelar dia sebagai “ketua bagi militia terbesar aktif di wilayah Rio de Janeiro.”

“Hari ini merupakan satu hari yang penting. Kami telah menyerang kumpulan penjenayah di negara.Tahniah kepada pihak polis bagi operasi rahsia dan berani ini yang telah menangkap Ecko, ketua militia paling dikehendaki di Brazil,” Gabenor Claudio Castro menulis di dalam Twitter.

Kumpulan militia separa tentera mengawal lebih dari separuh wilayah di bandar Rio, membentuk satu pentadbiran ganas  di kawasan kejiranan favela miskin yang merupakan kediaman bagi lebih dari  dua juta orang, menurut satu kajian pada tahun lepas oleh sebuah konsortium bagi beberapa buah universiti, platform  pemerhati atas talian dan satu talian bantuan antijenayah kerajaan.

Anggota militia selalunya merupakan bekas anggota polis atau anggota pasukan keselamatan lain.

Mereka pada mulanya terbentuk sebagai kumpulan pemerhati kejiranan bagi melindungi penduduk dari kumpulan dadah di bandar tersebut, yang terkenal dengan pantai-pantainya yang menarik juga jenayah kejamnya.

Bagaimanapun kumpulan itu kemudian terlibat dalam kumpulan jenayah terancang, mengawal beberapa sektor termasuk perkhidmatan Internet, kabel TV, pengangkutan dan yang terkini adalah pembinaan. — AFP

Advertisement