Anda di sini

Krejcikova menangi Kejohanan Terbuka Perancis

Advertisement
 Krejcikova mencium trofinya selepas menewaskan Pavlyuchenkova pada final Terbuka Perancis di Paris. — Gambar AFP
UNGGUL: Krejcikova mencium trofinya selepas menewaskan Pavlyuchenkova pada final Terbuka Perancis di Paris. — Gambar AFP

PARIS: Barbora Krejcikova meraih kemenangan sulung perseorangan Grand Slam di Terbuka Perancis pada Sabtu, mengalahkan pemain Rusia Anastasia Pavlyuchenkova sekaligus menjadi wanita Czech pertama yang menakluk Roland Garros dalam 40 tahun.

Krejcikova, ranking ke-33 dunia dan hanya bermain lima perlawanan persendirian Slam, menang 6-1, 2-6, 6-4 dan meraih juara buat kali kedua.

Pemain 25 tahun itu mengikuti jejak rakan senegara Hana Mandlikova yang membawa pulang trofi di Paris pada 1981.

Krejcikova mendedikasikan kemenangan beliau kepada mentornya, bekas juara Wimbledon, Jana Novotna yang meninggal akibat kanser pada 2017.

“Sukar untuk diperkatakan. Saya tidak percaya saya memenangi Grand Slam. Saya telah meluangkan banyak masa bersama Jana sebelum  beliau meninggal. Pesanan terakhir beliau buat saya adalah ‘nikmati tenis dan cuba untuk menang Grand Slam,” jelas Krejcikova.

Memulakan perlawanan dengan gemuruh, Krejcikova dipatahkan dalam perlawanan pertama dengan dua kesilapan.

Namun pemain Rusia itu tidak mampu menaklukinya lalu ketinggalan dalam enam permainan seterusnya, ketika pemain Czech itu mendahului tiga kali dan dan menang set pembuka dalam setengah jam.

Pavlyuchenkova, lebih tenang dalam set kedua, mendahului dengan 5-1.

Dalam perlawanan penentu, kedua-dua pemain saling bertukar mata pendahuluan, sebelum petanding Czech itu mengatasi dengan 4-3.

Pavlyuchenkova berjaya menyelamatkan mata penentuan dalam pusingan kesembilan dan kesepuluh, namun Krejcikova dinobatkan juara pada pusingan keempat apabila hantaran pemain Rusia keluar gelanggang.

Manakala pemian nombor satu dunia dan juara 2019 Ashleigh Barty, tersingkir dalam pusingan kedua. — AFP

Advertisement