Anda di sini

Castagne alami keretakan muka

Advertisement
 Castagne dibawa keluar padang untuk menerima rawatan selepas pertembungan kepala dengan pemain Rusia, Daler Kuzyaev dalam aksi Kumpulan B. — Gambar AFP
SERIUS: Castagne dibawa keluar padang untuk menerima rawatan selepas pertembungan kepala dengan pemain Rusia, Daler Kuzyaev dalam aksi Kumpulan B. — Gambar AFP

SAINT PETERSBURG: Pemain pertahanan Belgium, Timothy Castagne, yang mengalami dua keretakan muka semasa awal perlawanan menang 3-0 menentang Rusia di Euro 2020 kelmarin, telah dikecualikan buat sepanjang kejohanan, jelas jurulatih Roberto Martinez.

Pemain pertahanan Leicester itu bertembung kepala dengan pemain Rusia, Daler Kuzyaev pada minit ke-26 lalu digantikan dengan Thomas Meunier, yang kemudian menyinari dengan sebuah gol dan sebuah bantuan.

Dibawa ke hospital, Castagne menjalani pemeriksaan yang mendedahkan “dua keretakan soket mata”, menurut Martinez.

Ini merupakan kejohanan besar pertama pemain 25 tahun itu.

Kemudian Martinez juga menjelaskan kecederaan buku lali Jan Vertonghen ialah “kurang serius”.

Belgium bermain tanpa pemain Manchester City Kevin De Bruyne dan pemain Borussia Dortmund Axel Witsel.

Kapten pasukan Eden Hazard hanya mampu bermain selama 18 minit sebagai pemain  ganti setelah mendapat kecederaan bersama Real Madrid.

Belgium, pasukan dalam ranking hebat dunia, selepas ini akan bersaing dengan  Denmark pada Khamis sebelum menamatkan kempen Kumpulan B menentang Finland di Saint Petersburg pada 21 Jun. — AFP

Advertisement